Isnin, September 01, 2025

Ya Allah, rindunya. Sakit dibenam rindu lebih kejam daripada sakit terhiris belati tajam. Sakit dihiris belati tajam boleh dirawat dengan masa. Sakit dibenam rindu, tida yaang mampu mengubatinya melainkan dia. Tapi, tahukah dia aku sedang merinduinya? Tahukah dia rasa yang kutanggung ini? tahukah dia? tahukah dia? Allah... Ya Allah, bantulah aku merawat rindu ini. Hilangkanlah kekejaman ini. Gantikanlah ia dengan bentangan baa:a aku dan dia.

Ahad, Ogos 31, 2025

Sunyi

Hiruknya, pikuknya, gegaknya, gempitanya... Semua itu tidak dapatku selaminya nikmatnya. Siapa sahaja berkumpul kelilingku tak dapat merawat hatiku yang sedang sunyi, ibarat malam kelam menyelimuti hati. Tiada punya sebab lain, hanya dek kerana rindu yang terlalu mendalam mengabusi hati. Rindu itu menyelinap ke segenap ruang hati. Rindu itu merobek ke seluruh pelosok nubari. Tiada usaha untuk menghalangnya. Rindu hanya kerana tiada ungkapan tak terluahkan. Silapnya aku, baculnya aku, lemahnya aku berperang dengan diri sendiri. Ah, rindu ini gila. Rindu ini ini merampas kebahagiaanku... Rinduuuuuu!!!! 

Sabtu, Ogos 30, 2025

Terganggu

Hari ini, fikiranku sangat-sangat terganggu. Terganggu dek kerana satu nota yang aku terimbau daripada teknologi yang sengajaku cari. Aku bayangkan cerita indah aku dan dia akan dicoretkannya melalui ruang itu. Tetapi, cerita yang terus membunuh perasaanku. Cerita yang terus menyebabkan fikiranku terganggu dari tadi hingga kini. Semua yang kulakukan seolah-olah tidak bererti. Setap langkah kuterasa sumbang. Setiap gerakku berasa canggung. Kenapa takdirnya begini? Apa sinar yang akan menyelimutiku di hari mendatang? Kenapa baru berani hendak bertatih sudah tersadung dan jatuh? sakitnya. Sakit ini lebih kejam daripada sakit dek terkena belati tajam. Oh Tuhan. HambaMu lemah. Tak berdaya lagi terjelepuk di sini menahan rasa yang tak tertanggung. Apa yang harusku lakukan sekarang? Aku malu pada diri sendiri. Bukankah diri ini telah berpesan pada hati. Baik-baik jaga hati. Jangan mudah memberi hati. Sekarang, aku yang mati. Mati kerana belum pun rasa terungkap, telahku tahu kalahnya di mana. 

Jumaat, Ogos 29, 2025

Dia

 Dia. Pertamaku kenali tanpa sengaja di suatu panggilan telefon. Berbual seketika atas urusan rasmi, semakin lama semakin erat mengenali hati budinya. Sukar menjejakinya, kerana tempat yang berbeza. Hanya sesekali bertemunya di dunia nyata. Tapi, setiap kembangan hidup atau rasanya, kuperhatikan dari jauh melalui teknologi yang ada.


Aku bahagia. Aku meminatinya. Tiap kali bertemunya, rasa bagaikan dunia milik kami berdua. Tutur katanya, santun tawanya, raut wajahnya, ah... Indahnya.


Dia tak tahu aku menyukainya. Dia tak tahu aku menginginkannya. Dia tak tahu aku perlukannya. Perlu untuk apa? entah. Tapi aku perlukannya. Mungkin kerana hati dan naluri aku seorang lelaki. Mungkin kerana keinginanku untuk mengubah hidup yang terasa jauh dari keinginan hati. Mungkin kurasa dia mampu bahagiakan aku yang sedang berjauh hati.


Tapi, bagaimana harus aku berterus-terang padanya? Relakah dia memenuhi keinginan nubariku? Relakah dia tua bersamaku yang jauh tidak sempurna berbanding dia? Dia punyai segala. ayu, lembut, Cantik, pandai, bijak. Aku hanya begini sahaja. Tidak punya apa-apa istimewa yang boleh dia banggakan jika dia bersamaku. Tapi, aku inginkan dia!


dan, jika aku diterimanya, mampukah aku membahagiakannya? Tidakkah aku hanya merosakkan keindahan hidupnya semata-semata kerana ingin memenuhi impianku?


Cinta tidak semestinya memiliki bukan? Tapi, aku ingin memilikinya. Tapi bagaimana? Banyak onak yang aku dan dia perlu tempuhi jika hasrat aku untuk miliki dia aku luahkan. Bertambah-tambah lagi cabaran yang perlu dia tempuhi jika dia bersedia menyerahkan kehidupannya kepadaku. Aku tak mahu dia terjentik dengan rasa payah walau sedikit, kerana, aku cinta dia.

Rabu, Ogos 27, 2025

Ringkasan Hari Ketiga Kursus Penulisan

Hari ni kursus dimulakan dengan fasilitator membacakan sebahagian lagi cerpen para peserta yang tak dibacakan dan diberi komentar pada hari kedua. Antara cerpen yang mendapat komentar pada hari ini adalah  termasuklah cerpenku yang bertajuk `24 Mei` yang boleh dibaca melalui  https://nadimelor.blogspot.com/2025/08/24-mei.html

Banyak komentar positif yang dilontarkan oleh Tuan S.M. Zakir terhadap cerpenku yang memberi semangat untuk aku terus menulis pada masa yang akan datang.


Setelah jam 10.30 pagi, fasilitator menamatkan bacaannya dan memaklumkan, Tuan Zakir boleh dijemput ke meja mereka yang belum habis dibaca cerpennya untuk mendapatkan komentar bagi menambahbaikkan lagi cerpen tulisan mereka pada masa yang akan datang. 


Kursus diteruskan dengan slot kedua dan ketiga pada hari ketiga ini dengan peserta diminta oleh fasibitator untuk menulis sebuah lagi cerpen yang panjangnya kali ini mininum 1000 patah perkataan. Masih ok lagi dengan arahan tersebut. Kemudian, fasilitator menambah, cerpen yang bakal dihasilkan pada hari ini akan berdasarkan tema. Tema yang dipilih oleh fasilitator adalah Tema Kemerdekaan.


Maka berderaulah darah aku memikirkan cerpen bertemakan merdeka tersebut. Aku bukanlah orang yang mahir sejarah untuk menulis cerita fiksyen berfakta seperti itu. Walaupun hanya cerpen, namun setidak-tidaknya sedikit fakta sejarah perlu diselitkan di dalam cerpen tersebut bagi memenuhi tema merdeka tu kan. Hadoi... Berfikir-fikirlah aku bagaimana untuk mengolah cerpen bertemakan merdeka ini. Jujurnya untuk menulis cerpen bertemakan merdeka pada hari ini, aku terpaksa mendapatkan gambaran sedikit sebanyak dari chat gpt untuk mendapatkan antara cerita-cerita yang boleh ditulis. 


Maka, bermulalah tulisan dan nukilan aku yang tidak seberapa berkenaan merdeka tersebut. Latar cerita daripada Chat GPT aku olah dan aku susun semula mengikut kesesuaian dan meletakkan rasa manusiawi di dalam cerpen tersebut agar ianya tidak terlalu kaku dan tidak nampak terlalu mendatar.


Akhirnya, jam 4.30 kurang lebih, aku berjaya memuatnaikkan cerita aku tersebut di blog ini dan menghantar link cerita tersebut di dalam google form seperti yang diminta oleh fasilitator. Apa yang aku tulis pun aku tak tahulah. Janji ada sebuah cerita yang memenuhi syarat iaitu bertemakan merdeka dan mempunyai 1000 patah perkataan ke atas.


Tip-tip yang diberikan oleh Tuan Zakir dalam ceramahnya semalam pun cuba aku penuhi agar cerita tersebut menjadi seperti yang dimahukan. Kita tengoklah apa yang akan terjadi pulak esok. Babai...



Lampu Pelita Malam Merdeka

Di sebuah kampung kecil di pinggir Sungai Perak, hidup seorang budak lelaki bernama Udin, berusia 9 tahun. Hidupnya serba sederhana. Ayahnya, Pak Cik Rahim,  seorang penoreh getah yang setiap pagi pulang dengan tangan penuh kesan luka kecil daripada pisau menoreh, manakala ibunya, Mak Cik Limah,  menjual kuih di pasar pagi, dengan bau harum apam bakar dan kuih seri muka sering melekat pada tangan Udin bila sesekali dia membantu ibunya tatkala tidak pergi ke sekolah.

 

 

 

Walaupun mereka miskin, hati Udin luas. Dia selalu ingin tahu tentang dunia di luar batas sungai dan bendang. Selepas selesai membantu ibunya, Udin sering pergi ke warung Mok Teh di simpang jalan kampung untuk membasahkan tekak dengan air sirap yang diminta percuma daripada Mak Teh. Dari situlah dia mengintai dunia luar melalui surat khabar yang penuh dengan gambar meski dia belum pandai membaca sepenuhnya. Kadang-kadang, Udin memasang telinga mendengar berita-berita daripada radio Pakcik Rahman yang selalu dipasang di beranda rumahnya. Kadang-kadang pula dia bertanya kepada datuknya yang suka bercerita tentang zaman mudanya yang gemar mengembara di seluruh negeri di Tanah Melayu sama ada untuk mencari akar kayu, rempah-ratus dan lada hitam untuk dibawa balik ke kampung sebagai bahan jualannya. Dari sumber-sumber itulah, Udin mengetahui sedikit sebanyak cerita yang berlaku di luar daripada kampungnya.

 

 

 

Beberapa bulan kebelakangan ini, , ada satu perkataan yang selalu singgah di telinga Udin, “merdeka”. Perkataan itu selalu disebut-sebut di serambi rumah, di kebun getah, di warung kopi. Walaupun Udin tidak benar-benar mengerti, dia dapat merasakan ada sesuatu yang bakal terjadi di kampungnya kerana “Merdeka!” yang disebutkan itu kadang-kadang dilaungkan penuh semangat oleh anak-anak muda yang berjalan berkumpulan pada pagi hari melalui lorong rumahnya untuk pergi ke sawah bendang.

 

 

 

“Kalau Tanah Melayu ni merdeka, kita tak perlu lagi tunduk pada pegawai penjajah,” kata datuk Udin suatu malam sambil menghembus asap rokok daun di beranda rumah. “Kita boleh hidup dengan maruah kita sendiri. Anak-anak pun dah boleh bersekolah dengan aman, takkan ada gangguan daripada penjajah jahanam tu lagi!” sambung ayah Udin penuh semangat, sambil menghirup kopi o panas yang disediakan oleh ibu Udin. Udin memandang wajah datuk dan ayahnya yang keras, namun mata mereka bersinar lain macam pada malam itu.

 

 

 

Semenjak seminggu sebelum malam 31 Ogos lagi, suasana kampung sudah bertukar ceria bagaikan perayaan besar yang bakal disambut di situ. imam kampung tiap-tiap malam selepas solat Isyak di surau mengingatkan penduduk kampung untuk berkumpul di balai raya pada malam 31 Ogos tu nanti.

 

 

 

Malam 31 Ogos 1957 akhirnya menjelang tiba. Kanak-kanak termasuk Udin sibuk menebuk tin susu pekat, memasukkan sumbu kain, menuang minyak tanah. Bila api dinyalakan, deretan pelita itu kelihatan seperti ribu-ribu bintang jatuh ke bumi. Jalan tanah merah menuju ke balai raya dipenuhi cahaya pelita, berkelip di kiri kanan jalan.

 

 

 

Ibu Udin membawa dulang kuih apam bakar panas yang masih berwap. Mak Som pula mengangkat lemang yang dibakar sejak tengah hari. Di satu sudut, bunyi kompang yang dipalu Pak Din dan kawan-kawan bergema, memecahkan sunyi malam kampung. Semuanya terasa bagai pesta layaknya. Mana tidaknya, malam ini akan terciptalah sebuah sejarah. Sejarah yang tak akan dilupakan oleh seluruh Tanah Melayu. Sejarah yang akan terpahat buat selama-lamanya di dalam arkib negara, di dalam hati sanubari setiap warga, di buku-buku sejarah di sekolah-sekolah rendah dan menengah serta di mana-mana sahaja di seluruh negara malahan dunia yang bakal mengagumi kehebatan sebuah tanah yang pernah dijajah ratusan tahun oleh mereka yang tidak berhati perut, oleh petualang yang dahagakan darah dan tak kurang juga hampir termusnah oleh pengkhianat bangsa sendiri yang rakus mengumpul harta kekayaan duniawi.

 

 

 

Walaupun mereka tahu mereka bukan berada di Kuala Lumpur, radio buruk di balai raya menjadi saksi penghubung antara Kampung mereka dan bandar Kuala Lumpur. Bunyi statik dan gangguan udara membuatkan mereka menahan nafas setiap kali suara dari ibu kota ingin kedengaran.

 

 

 

Tepat jam 12 tengah malam 31 Ogos 1957, Seluruh orang kampung yang berhimpun memberikan tumpuan kepada radio di tengah-tengah balai raya itu. Radio yang digantung dengan dawai di atas meja kayu menjadi tumpuan. Antenanya dipacak tegak, seperti menanti bisikan dari langit. Sunyi sepi balai raya pada ketika itu bagaikan tiada siapa di dalamnya. Hanya gema bunyi radio yang sesekali berdesir dengan angin tanda siaran tidak jelas kedengaran di dalam balai raya itu kini. Kemudian… suara keramat Tunku Abdul Rahman itu bergema dengan penuh lantang di corong radio itu. “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” sebanyak tujuh kali. Suara itu bukan sahaja memecah kesunyian balai raya itu, malah memisahkan sebuah sejarah dari Tanah Melayu yang terjajah kepada Tanah Melayu yang merdeka selamanya

 

 

 

Semua orang terpaku. Seolah-olah masa berhenti sebentar. Ayah Udin menggenggam tangan anaknya dengan kuat. Udin melihat air mata lelaki itu menitis, bukan kerana sedih, tetapi kerana syukur yang terlalu besar.

 

 

 

Begitu juga dengan datuknya, kelihatan mengalir air mata kesyukuran di pipi tuanya tanda syukur yang terlalu mendalam dipanjatkan ke hadrat ilahi. Pak Cik Rahman juga kelihatan menitiskan air mata, bukan tanda dia sakit, tapi kerana terlalu bersyukur atas nikmat yang amat besar bagi seluruh penduduk kampung ini. Namun, bagiUdin, dia  belum benar-benar faham, tetapi dia tahu satu perkara, hidupnya selepas ini tidak akan sama lagi.

 

 

 

Pagi dan petang itu, kampung bagai bertukar wajah. Anak-anak muda diminta menebang buluh untuk dijadikan tiang bendera. Pemudi-pemudi pula membuat bendera yang dilukis dengan cat rumah, ada yang dijahit dengan kain perca. Bentuknya mungkin senget, warnanya tidak sekata, tetapi semangat yang menghidupkannya tidak ternilai.

 

 

 

Kanak-kanak berlari sambil menyanyi separuh lagu “Tanggal 31”, walaupun liriknya mereka hanya tahu sekerat. Bau gulai ayam kampung, nasi minyak, dan lemang memenuhi udara. Suara gelak ketawa bercampur bunyi kompang, bagai pesta besar-besaran di kampung kecil itu.

 

 

 

Udin berdiri lama memandang bendera Persekutuan Tanah Melayu yang berkibar di hujung tiang buluh. Dalam hatinya terbit satu janji, “Aku akan belajar tinggi-tinggi, aku akan berbakti. Tanah merdeka ini akan jadi kebanggaan kita semua.”

 

 

 

Bagi orang kampung, merdeka bukan hanya laungan di stadium. Ia hidup dalam jiwa mereka, dalam langkah ayah yang menoreh getah tanpa takut diganggu lagi, dalam tangan ibu yang menjual kuih dengan harapan baru, dalam tawa anak-anak yang berlari bersama pelita buatan sendiri.

 

 

 

Malam itu, ketika pelita masih menyala di sepanjang jalan tanah merah, semua orang tahu mereka sedang menyaksikan lahirnya sebuah negara. Dan pelita-pelita kecil itu… menjadi saksi bahawa Tanah Melayu yang merdeka lahir bukan dari bangunan besar atau dewan perhimpunan megah semata, tetapi dari harapan tulus rakyat di kampung-kampung seperti ini.

 

 

 

“Seronok baca cerpen ni Cikgu,” tiba-tiba kedengaran suara Zaki memecah kesunyian di dalam perpustakaan sekolah tengah hari itu. “Tapi bersemangat betul orang kampung tu nak tunggu 31 Ogos. Macam-macam persiapan dibuatnya demi nak sambut merdeka walaupun tak berada bersama-sama Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur melaungkan “Merdeka!””

 

 

 

“Begitulah cara orang dulu menghargai kemerdekaan yang tak pernah dirasai oleh mereka, Zaki. Namun, sejarah bagaimana mulanya merdeka itulah yang telah terpahat di hati mereka sampailah mereka mati,” Ujar Cikgu Danial setelah mengambil kembali Cerpen “Lampu Pelita Malam Merdeka” yang dipinjamkan kepada Zaki pada awal kelas gantinya sebentar tadi.

Selasa, Ogos 26, 2025

Ringkasan Kursus Penulisan Hari Kedua

Lepas sarapan mi goreng dan air kopi O pada hari kedua, kursus Penulisan bagi sesi pertama pada hari kedua dimulakan. Bermula hari ini hingga Khamis, slot-slot kursus akan dikendalikan oleh Tuan S.M. Zakir, seorang penulis yang bepengalaman luas dalam bidang penulisan di Malaysia dan seorang pemikir hebat. Dikatakan, pemikirannya telah dibuat seminar bagi mengkaji Pemikiran S.M. Zakir.



Beliau memperkenalkan diri sebagai Syed Mohd Zakir bin Syed Osman yang dilahirkan di Kelantan namun membesar di Pulau Pinang. Bapanya ialah S. Osman Kelantan juga merupakan seorang penulis terkenal yang juga merupakan Sasterawan Negara.



Beliau bersekolah seketika di Kelantan dan kemudian berpindah ke Sekolah Brown Garden serta Penang Free School sebelum berpindah di Bandar Baru Bangi, Selangor.



Banyak tip yang beliau kongsikan pada slot pertama hari ini. Antaranya, cara bagaimana ingin menjadi penulis berjaya, ciri-ciri cerpen yang menjadi minat pembaca  dan gaya penulisan bukan media sosial.



Antara empat langkah penulisan sesebuah cerpen yang menjadi minat pembaca ialah, pertama, sesebuah cerpen perlu mempunyai latar. Latar bermaksud, sesebuah cerita perlu mempunyai tempat di mana cerita itu berlaku, suasananya dan sebagainya.


Kedua, Mencipta suasana. Suasana di dalam cerpen perlulah suasana yang mana pembaca nak tahu, apakah seterusnya akan berlaku dan sebagainya. Ketiga, latar cerita. Sesebuah cerpen menurut Tuan S.M. Zakir, perlu mempunyai latar cerita yang pelbagai, sama ada cerita tersebut gembira, sedih, lucu dan sebagainya. Akhirnya, sesebuah cerpen perlu ada pengakhiran. Sesebuah pengakhiran, jika ada Plot Twist lebih baik dan lebih menambahkan sama ada unsur suspen, marah atau terkejut kepada sesiapa yang membaca cerita tersebut.



Setelah semuanya diterangkan kepada peserta kursus, pada slot kedua, kami diminta menulis sebuah cerpen berkenaan apa sahaja tema, berdasarkan maklumat-maklumat, tip-tip dan info-info yang diberikan oleh Tuan S.M. Zakir sebentar tadi.



Maka, menarilah jari-jemari kami di papan kekunci komputer menghasilkan sebuah karya kerana pada slot ketiga nanti, mereka akan membacakan cerpen kami dan Tuan Zakir akan memberikan komentar beliau bagi menambahbaikkan lagi penulisan kami.



Petang yang mendebarkan tiba jua akhirnya. cerpen kami dibaca seorang demi seorang dan komentar-komentar membina pun dilontarkanlah oleh Tuan Zakir kepada setiap cerpen yang dibaca. Sayang sekali, masa sangat mencemburui kami semua. Cerpen nukilan saya tidak sempat dibaca dan diberi komentar oleh Tuan Zakir. Kecewa juga, namun, dikhabarkan pada slot pertama esok, Tuan Zakir akan menyambung bacaan cerita dan memberikan komentarnya kepada sesiapa yang belum dibacakan karyanya lagi.



Setelah tamat slot pada kursus hari kedua, kami pun diberi ruang dan peluang untuk berehat, menghilangkan penat lelah di minda kerana menghasilkan penulisan di sebelah pagi tadi. Bagi mereka yang telah biasa dengan menulis, tugasan yang diberikan pada hari ini ibarat asam garam pada hari ini. Tapi, bagi saya dan rakan-rakan yang baru menulis, rasanya agak sukar memerah otak bagi menghasilkan idea untuk dicurahkan di atas papan kekunci untuk menjadi sebuah karya yang dinamakan cerpen ini.


Esok kita tunggu pulak apa nak jadi. Babai...

24 Mei

Malam itu, konsert akhir pertandingan bakat akan diadakan di dewan besar sekolah seperti tahun-tahun sebelumnya. Aku memerhati peserta-peserta yang bertanding, penuh gah dengan pakaian masing-masing. Ada yang sibuk berlatih gaya, ada yang sibuk menggayakan pakaian dan tak kurang hebatnya ada yang ke sana, ke mari acah-acah sibuk yang anat sangat, seolah-olah berdebar kerana nak buat persembahan di sebuah konsert yang akan dihadiri ribuan penonton. Walhal, hanya tak kurang 200 orang pelajar asrama sekolah kami sahaja yang akan menjadi penonton pada malam tersebut.



 

Tepat jam 8.30 malam, pengacara majlis memulakan majlis dengan mengalu-alukan kehadiran tuan pengetua sebagai tetamu kehormat, para juri dalam kalangan guru-guru muzik sekolah serta para peserta dan pelajar-pelajar asrama sebagai penonton.



 

Aku duduk di barisan belakang dewan, sekadar menjadi penonton yang sesekali berbual-bual perlahan dengan rakan di sebelah kiri dan kananku. Bukan tidak minat menyanyi, tapi tak terpilih ke konsert akhir. Mana taknya, baru je nyanyi peringkat saringan, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya di luar dewan hari tu. Sah, suara macam katak panggil hujan. Memang patutlah tak terpilih ke peringkat akhir.



 

Selepas ucapan demi ucapan, diserikan dengan gimik pelancaran yang membuka gelanggang persembahan, maka tibalah giliran peserta pertama tampil ke pentas membuat persembahan. Juri khusyuk mencatat markah demi markah terhadap setiap peserta yang membuat persembahan.



 

“Dipersilakan, Peserta ketujuh, Amran Ajmain Danish, dengan lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Iklim, “Bukan Niatku.” Amran ttampil dengan penuh yakin dari belakang pentas memulakan nyanyiannya. Aku masih lagi berbual dengan rakan-rakan di kiri kananku tanpa mempedulikan persembahan Amran. Tapi, perasanlah aku dia tampil di pentas, memulakan bicara dan menyanyi lagu dengan penuh gaya. Tepukan gemuruh para penonton menambahkan keyakinannya untuk menggondol gelaran juara dalam konsert akhir malam ini.

 



Pada gitar solo di tengah-tengah nyanyiannya, aku terpandang kelibat seorang yang amat aku kenali Nina. Dia aku kenal semenjak tingkatan 1 lagi semasa menjadi urusetia minggu orientasi murid baru asrama. Dengan penuh yakin Nina naik ke atas pentas memberikan bunga kepada dia yang sedang asyik membuat persembahan. Berderau darah aku. Terkejut, panik, gemuruh, marah, geram dan benci serta-merta menerpa di dalam perasaanku kini. Kenapa Nina memberi bunga padanya? sedangkan Nina tahu, siapa Nina dalam hatiku. Dan, setahu aku juga, melalui perjanjian yang telah kami metrai, Nina patut tahu siapa aku di hati dia.



 

Sementelah pula, aku dan Nina tidak pernah berenggang bila ke mana-mana? ke kelas, ke perpustakaan, hatta ke dewan makan untuk makan tengah hari dan malam pun kami selalu berdua. Tapi, kenapa dia sanggup menebalkan mukanya untuk naik ke pentas untuk memberi bunga kepada dia? sedangkan tindakan Nina tersebut sudah pasti dilihat oleh semua penonton yang ada di dewan ketika itu. Jika peserta pertama, peserta keempat dan peserta kelima menerima bunga, fahamlah aku bahawa yang memberi bunga kepada peserta-peserta nyanyian tersebut adalah kekasih hati masing-masing. Tapi, kenapa Nina memberikan bunga pada dia? Adakah mereka berdua…  ... ah... serabutnya perasanku kini... Aku tidak dapat mengawal perasaanku. Persoalan-persoalan yang ligat bermain di minda aku kini menuntut penjelasan daripada Nina apakah status Nina dan Amran sebenarnya?

 



Aku kembali ke asrama, kerana dewan itu bagiku kini adalah neraka yang amat membahang sedang membakarku. Aku bimbang, jika berlama-lamaan aku di dewan itu, entah apa-apa lagi peristiwa pelik yang akan berlaku di hadapanku. Aku tidak sanggup untuk menghadap ujian-ujian tersebut lagi.



 

Aku diam di asrama. Aku berfikir, apakah yang harus aku lakukan kini. Kalau aku berjumpa dengan Nina bagi menuntut penjelasan, dan andainya Nina kata memang “ya” dia kini sedang memberikan hatinya pada lelaki itu, aadakah sanggup aku menerima takdir tersebut? Sedangkan aku harus berhadapan dengan Nina dan dia sekurang-kurangnya setengah  tahun lagi di alam persekolahan. Peningnya!!!



 

Tanpa aku sedari, air mataku gugur dengan deras membasahi pipi. Bukan kerana tidak jantan, tetapi terlalu kecewa dek kerana hati dan perasaanku dipermainkan begitu sahaja oleh orang yang aku anggap paling suci di hatiku. Dewan, majlis, hadiah, pemenang… bukan lagi ada dalam hatiku kini. Hanya kecewa, kecewa dan kecewa… itu saja yang aku rasakan kini. Aku takut berhadapan dengan kawan-kawan. Sudah pasti mereka mentertawakanku lepas ni. Kekasih hati seorang puntak dapat jaga. Ahhh… malunya aku!!!

 



Entah pukul berapa aku pun tak tahu, tahu-tahu aku dah tertidur di katilku. Mungkin dek kerana terlalu kecewa hingga aku sendiri pun tak tahu di mana perasaanku kini. Yang aku tahu, aku tiba-tiba dikejutkan oleh Amran pada pagi hari itu supaya mandi, solat subuh dan bersiap sedia  untuk ke sekolah. Allahu rabbi… aku bermimpi rupanya malam tadi… Amran tersenyum melihatku. Mungkin Amran senyum sebab melihat aku terkejut kot bila melihat dia berdiri di sisi katilku. Rupanya, ia bukan realiti yang menimpa hidup aku. Ia hanya mainan tidur yang megerikan. Nasib baik aku tidak melepaskan tumbukan padu bila terjaga saja dari tidur dan ketika melihat Amran di sisi. Nasib baik aku dapat mengawal perasaanku dan menyedari yang berlaku itu hanyalah mimpi.

 




Aku bangun seperti biasa, menyiapkan apa yang patut, dan bergegas turun ke dewan makan untuk bersarapan pagi, Nina seperti biasa, siap sedia menantiku di lorong asrama, tempat kami berjumpa untuk memulakan langkah pertama sama ada ke dewan makan, ke padang atau ke kelas. Bila aku bercerita dengan Nina mimpiku tersebut, Nina hanya ketawa sahaja dan berjanji, selagi ada nyawa di dalam tubuhnya, akulah yang dikasihinya sampai bila-bila. Bersyukurlah aku kerana aku masih bertuah dalam kalangan orang-orang yang bertuah di sekolah tersebut. 

Isnin, Ogos 25, 2025

Akhirnya, selesai hari pertama Kursus Penulisan

Sesi malam bermula jam 8.00 malam rupanya. Penganjur maklumkan sesi malam ni hanya 45 minit je sebab dewan akan ditutup tepat jam 9.00 malam. Sesi kali ni didedahkan dengan cara membuat brainstorming yang berkesan. Kaedah yang didedahkan ialah kaedah  Rapid Ideation di mana, penceramah memberikan suatu tempoh tertentu, dan memberikan satu-satu perkataan untuk peserta memikirkan seberapa banyak perkaitan berdasarkan perkataan yang diberi. Kaedah ini sesuai bagi memungut idea yang cepat untuk menghasilkan suatu impak yang terbaik.


Secara keseluruhan, kursus hari pertama ini sangat menarik dan memberikan cambahan idea kepada peserta untuk membina seberapa banyak idea yang lebih kreatif bagi menghasilkan tulisan yang terbaik.


Kita tengok pulak esok apa akan jadi pada hari kedua, Kursus Penulisan yang saya sertai ini. Jarang-jarang saya join kursus cambahan idea ni. Babai...

Coretan petang hari pertama kursus penulisan

Alhamdulillah, sampai saja di Rainbow Paradise Beach Resorts, saya dan tiga rakan yang bersekali dengan saya terus di bawa ke dewan tempat kami berkursus. Oh ya, saya ada Kursus Penulisan selama lima hari bermula Isnin, 25 Ogos hingga Jumaat 29 Ogos 2025.


Kebetulan waktu kami sampai, orang baru siap makan tengah hari, dan nasi masih ada lagi, kami pun diberi jugalah makan tengah hari di dewan tersebut.


Jam 2.30 petang, bermulalah sesi kedua kursus tersebut. Sesi pertama kami terlepas la sebab masih di dalam ETS pagi tadi tu. Maka bermulalah latihan pertama untuk sesi kedua, iaitu latihan berfikir. Penceramah beri beberapa perkataan, kami yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut meja yang kami duduk diminta menyanyikan lagu-lagu berdasarkan perkataan yang diberi tu. Lepas tu, salah seorang daripada setiap kumpulan, dipanggil ke hadapan untuk bermain permainan `Berita Tujuh Kepala`. Maka berdekahlah peserta kursus mendengar berita tujuh kepala daripada kami yang entah apa-apa.


Kemudian, kami diberi pula tugasan bertulis yang kedua iaitu, membuat cerita berdasarkan perkataan kotak, cermin dan pembaris seperti yang tercatat pada `Tugasan Kedua` di dalam blog ni.


Selesai menyiapkan tugasan bertulis, kami pun diberi minum dan berehat hingga jam 8.30 malam. 8.30 malam ni kita tengoklah apa pulak yang akan berlaku dalam sesi kursus yang seterusnya. Babai...


 

Tugasan 2

1. Kotak

2. Cermin

3. Pemberis 


Kotak.

    Di hujung kampung, terdapat sebuah sebuah rumah usang. di dalam rumah usang tersebut, terdapat dua buah kotak lama yang lusuh. Kotak itu sangat misteri. Ia tidak lagi diusik oleh sesiapa semenjak ketiadaan Mak Limah.


Cermin.

Ada sebuah cermin besar yang terhias di sebuah dinding rumah usang tersebut. Cermin itu bertujuan untuk menampakkan rumah itu sebuah rumah yang sangat besar biarpun rumah itu hanya sekecil kotak cuma.


Pembaris

    Pembaris adalah suatu alat yang digunakan untuk mengukur sesuatu, membuat garisan dan memastikan garisan tersebut lurus. Amat besar jasa pembaris kepada kita.

Sabtu, Oktober 14, 2017

First Time bawa Keluarga Bercuti

Assalamualaikum. hahaha. Kelakar je tajukkan? first time bawa keluarga bercuti. Tapi tulah hakikatnya. pergi bercuti ke mana? entah. diorang kata nak gi Langkawi. nak gi bila? kata diorang lagi Hari Ahad sampai Khamis. 15/10/2017-19/10/2017. Pergi dengan apa nanti tu? diorang rancang nak gi dengan ETS sampai Arau, naik teksi sampai Kuala Perlis, naik feri sampai Jeti Kuah, naik kereta yang di sewa sampai ke Chenang Rest House. Hamboi, berkenderaan awam betul... almaklumlah, tak pernah pergi bercuti bersama-sama keluarga. Semua rasa teruja, Abi, Ummi, kakak, Abang Ngah, Makcik-makcik diorang dan mungkin tidak ketinggalan Alfatih. dia pun rasa teruja jugak kot walaupun umur baru 6 bulan. hahaha. ke mana la nak berjalan-jalan kat sana nanti. kena cari maklumat dalam alam maya ni tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. dulu masa kawan-kawan sekolah menengah gi Langkawi tahun 1999, saya tak ikut. macam-macam hal. sekarang dah tua baru terhegeh-hegeh nak gi Langkawi. orang lain dah sampai ke luar negara dah bercuti, kau baru nak bawa family gi Langkawi Mi. nasib ler... hahaha. Doakan keselamatan, kesejahteraan dan kemudahan kepada kami sepanjang masa ya kawan-kawan. terima kasih.

Jumaat, Julai 22, 2016

Imbasan Kenangan


Assalamualaikum. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, tuhan yang telah mengurniakan nikmat dan ujian terhadap hamba-hambaNya.

pelbagai pengalaman manis mahupun pahit telah saya lalui bermula tahun 2013 hingga kini. kenapa dari 2013? sebab akhir sekali mencatatkan pengalaman diri di sini pada September 2013. selepas itu, muncul sesekali sahaja di sini kerana pelbagai alasan yang tidak mahu didengar dan dibaca oleh sesiapa.

Alhamdulillah, berakhirnya tahun 2013, 2014-2016 datang dengan penuh suka duka. Bermula dengan proses-proses membesarkan dan mendidik anak yang baru mencecah 8 bulan ketika itu, ia amat bererti sekali dalam diri saya yang baru pertama kali bergelar bapa ini. Berada sendiri dalam situasi tumbesaran anak ini membuatkan saya menjadi semakin bersemangat untuk melihat permata hati ini berjaya. Pelbagai perancangan diatur bagi memastikan permata hati yang seorang ini mendidikan belaian yang sempurna oleh ibu bapanya. Kerana terlalu teruja, majlis sambutan hari lahirnya pada 20 April 2014 diadakan sesempurna yang mungkin bagi diri saya walaupun si kecil itu tidak mengerti apa-apa lagi berkenaan dengan makna hari lahir. begitulah betapa gembiranya saya dan ibunya.

pada Julai 2014, saya dan isteri dikhabarkan lagi akan berita gembira dengan kehadiran permata hati yang kedua di dalam kandungan. Bermula saat itu rutin menjaga kandungan berulang kembali sehinggalah putera kami selamat dilahirkan. Dia dilahirkan pada 20 April 2015 Masihi bersamaan dengan 1 Rejab 1435 Hijriah di wad bersalin Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. paling mengujakan, tarikh lahirnya sama dengan tarikh lahir kakaknya. Semenjak daripada itu, membesarlah mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan didikan yang saya dan ibunya rasakan sempurna diberikan kepada mereka. Sehingga tulisan ini diterbitkan, umur si kakak asudah mencecah 3 tahun 3 bulan manakala umur si adik ialah 1 tahun 3 bulan.

begitu juga dengan pengajian. segala puji bagi Allah, saya dan rakan-rakan yang sama-sama menyertai pengajian dalam Program Pensiswazahan Guru (PPG) ambilan pertama (Jun 2011) telah selamat menamatkan pengajian kami pada Jun 2015 setelah mengharungi pengajian selama lapan semester yang penuh dengan cabaran. Cabaran yang dihadapi bagi saya dan rakan-rakan bukannya calang-calang. Paling menjentik minda sekali bagi saya ialah terpaksa menduduki semula peperiksaan akhir mata pelajaran --- kerana terdapat kebocoran pada soalan peperiksaan yang terdahulu. "Ingatkan dah habis belajar, sekali kena ambil exam lagi daaaa"... kami telah dianugerahkan segulung ijazah pada istiadat konvokesyen IPG pada Disember 2015 di MAEPS Serdang. Namun, setelah penat bersengkang mata belajar untuk menduduki peperiksaan dan setelah penat mengerah keringat demi mendapatkan segulung ijazah, majlis konvokesyen yang diidam-idamkan oleh setiap graduan tersebut tidak dapat saya hadiri walaupun telah membayar semua yang diperlukan oleh IPG. sepertimana firman Allah di dalam al-quran yang antara lain maksudnya, "kamu merancang, Allah juga merancang. dan Allah adalah sebaik-baik perancang".

Saya bergegas pulang ke kampung halaman dari Kuala Lumpur pada petang hari Isnin 7 Disember 2016, lima hari sebelum sidang kumpulan saya naik ke pentas dalam istiadat konvokesyen IPG, bersama-sama keluarga dan adik tercinta setelah dikhabarkan menerusi panggilan telefon oleh emak akan kesihatan abah yang sudah semakin merosot. Tibanya saya di rumah jam 3.30 pagi pada awal pagi Selasa, aabah sudah tidak mampu bercakap lagi dengan lancar. tiada lagi butir bicara abah yang mampu saya fahami sejurus saya berada di sisinya. Semenjak daripada itu, saya tidak meninggalkan abah walaupun seketika dan berada di sisinya untuk melakukan apa yang termampu bagi keselesaan abah. semua yang perlu saya lunaskan di Kuala Lumpur mulai saat itu saya sudah sisihkan daripada jadual hidup saya termasuklah menghadiri istiadat konvokesyen yang diidam-idamkan tersebut. Bagi saya, saat ini adalah saat yang paling getir untuk saya hadapi situasi seperti ini. Biarlah saya berada di sisi abah dan berdoa kepada tuhan agar abah diberi kesihatan dan sembuh seperti sedia kala. kakak sulung dan keluarganya dari Kuantan Pahang pun juga turut pulang setelah menerima khabar kesihatan abah tersebut. namun, abah pergi jua buat selama-lamanya pada hari Khamis, jam 6.43 petang, 10 Disember 2015 bersamaan dengan 28 Saffar 1437 Hijrah Sehari sebelum sidang kumpulan saya untuk naik ke pentas bagi menerima scroll dalam istiadat konvokesyen tersebut. Perginya abah menemui tuhannya pada hari dan tarikh tersebut merupakan saat-saat yang paling pilu dalam diri saya selama dalam kehidupan ini kerana tiada apa yang mampu saya katakan melainkan menerima ketentuan pemilik seluruh alam ini dengan redha dan tabah. Walaupun Saya telah diuji dengan kehilangan orang yang amat saya sayangi, namun saya perlu cekal dan tabah menghadapinya kerana saya merupakan lelaki sulung di dalam keluarga selepas dua orang kakak saya. Jika saya lemah, saya yakin, emak dan adik-beradik saya turut akan lemah dalam mengharungi ujian yang amat pedih ini.

Di alam pekerjaan juga tidak kurang hebatnya cabaran dan kenangan yang menerpa sepanjang tahun 2014-2016 ini. Semenjak bertugas di Sekolah Pendidikan Khas khusus untuk murid-murid penglihatan ini, saya tidak lagi punyai masa dan ruang yang banyak untuk bersantai. ini kerana, tugasan yang diberikan oleh pentadbir kepada saya sama seperti tugasan yang diberikan kepada guru-guru lain. Alhamdulillah, di sini, mereka (pentadbir) tidak membeza-bezakan antara saya (guru yang tidak mempunyai penglihatan) dengan guru-guru yang lain. Tugasan yang diberi adalah sama rata, sama rasa. Saya diberi kepercayaan untuk menggalas tugasan sebagai ketua Panitia Matematik pada tahun 2015 sehingga kini yang sekaligus memberi kepercayaan kepada saya mengajar mata pelajaran Matematik untuk murid-murid tahun 6 yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Alhamdulillah, keputusan UPSR bagi mata pelajaran Matematik pada tahun 2015 amat membanggakan saya dan sekolah serta semua yang terlibat pada tahun 2015. Murid-murid tahun 6 pada tahun itu lulus semuanya sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam mata pelajaran ini. walau bagaimanapun, tahun ini masih lagi menjadi teka-teki kerana UPSR belum lagi mereka duduki. Saya tidak putus-putus berdoa agar mata pelajaran yang diajar oleh saya dan semua mata pelajaran yang mereka duduki dalam UPSR mendapat keputusan sekurang-kurangnya lulus kerana tahun ini mereka menggunakan format baharu untuk semua mata pelajaran. Harapan juga agar mereka sentiasa berada di dalam kesihatan yang baik sepanjang musim peperiksaan ini.

Inilah di antara rencah kehidupan sepanjang tahun 2014-2016 yang dilalui oleh saya yang sempat dinukilkan. banyak lagi yang telah dilalui namun sama ada tidak dapat diingati oleh minda saya mahupun tidak terlalu penting untuk dikongsikan, maka dengan itu, ia tidaklah tercatat di dalam entry kali ini... semoga hari-hari mendatang penuh dengan aktiviti-aktiviti yang memberikan impak yang positif di dalam kehidupan saya khususnya dan seluruh insan yang menyayangi dan disayangi oleh saya umumnya. Insya Allah.

Pohon doa daripada semua pembaca blog ini untuk saya istiqamah menerbitkan catatan sama ada berbentuk catatan peribadi mahupun catatan ilmiah untuk manfaat kita bersama, Insya Allah. Wallahu a'-lam.

Khamis, Julai 14, 2016

Rencah Kehidupan

assalamualaikum. Sememangnya begitu kehidupan ini. Kekadang kita gembira, kekadang kita berduka. Jadikanlah masa gembira kita itu masa yang paling berharga dalam kehidupan kita. Jadikanlah pula masa duka kita itu masa yang sesuai untuk muhasabah diri agar kita sentiasa berada di atas landasan kesyukuran kita kepada Allah Taala, tuhan pemilik kita yang mutlak.

Kita adalah kita yang sememangnya tidak akan menjadi orang lain. Oleh itu, kita perlulah sentiasa selesakan diri kita biarpun di mana zon kehidupan kita agar kita sentiasa menghargai diri kita. Benar, sememangnya kita memerlukan masa untuk mengubat semula duka dalam diri. Namun, percayalah, duka tidak akan selamanya menghambat kita, kerana suatu hari nanti ia akan menghilang ditelan waktu dan masa, ibarat roda, yang berada di atas dan di bawah. Bila kita berada di bawah, ianya adalah lumrah kehidupan yang perlu kita terima akan hakikat tersebut. itulah saat untuk kita membuktikan kepada Allah akan keutuhan iman kita tatkala kita diuji. Bergembiralah bagi kita yang sedang diuji dengan sedikit kedukaan, kerana Allah sentiasa memerhatikan dan menilai akan diri kita. Tiada tujuan lain, hanya untuk meningkatkan darjat kehidupan kita ke tingkat yang lebih tinggi. Untuk mendapatkan syurganya, bukan sedikit harga yang perlu kita bayar, malahan, mereka yang terdahulu lebih hebat lagi dugaan dan ujian yang diletakkan di bahu mereka. Ingatlah firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 286, yang antara maksudnya, "Tuhan kami, janganlah engkau meletakkan beban yang tidak mampu ditanggung oleh kami". Bila Allah berfirman sedemikian, ia sekaligus membawa maksud, Allah tidak akan sekali-kali akan menimpakan dugaan yang terlalu berat kepada hambaNya sehinggakan tidak mampu tertanggung oleh hambaNya itu.

Sentiasalah berdoa kepada Allah agar sakit dan pedih lantaran daripada kedukaan itu terhapus dengan segera dalam diri kita kerana Allah tidak akan sekali-kali membiarkan doa hambaNya berlalu begitu sahaja tanpa diperkenankan olehNya.

Selain itu juga, ingatlah kita sentiasa, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah yang terlalu bermakna dalam diri kita walaupun kedukaan itu tidak disukai oleh kita. kerana antara lain Firman Allah dalam Surah an-Nisa' ayat 19 yang bermaksud: "... kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)” (an-Nisaa’: 19).

Wallahu a’-lam.

Khamis, Februari 04, 2016

Talasemia

 (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan
hemoglobin
 dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka.
Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada
paru-paru
 keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan
oksigen.
Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras
hemoglobin
 (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit
talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam
sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka
boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan
penyakit
Malaria.
Jenis
Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
• Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
• Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.
Pembawa Talasemia[
sunting
 |
sunting sumber
]
Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya.
Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)
Pesakit Talasemia[
sunting
 |
sunting sumber
]
Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal
(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)
Tanda dan gejala penyakit Talasemia
• Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila
mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
• Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
• Anemia
 yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
• Jaundis
• Tumbesaran terbantut
• Perut buncit disebabkan pembengkakan
hati
 dan limpa.
• Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).
Rawatan penyakit Talasemia
• Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
• Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya
merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
• Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
• Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.
Saringan Talasemia
Saringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut untuk
mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku
dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja.
Persatuan Talasemia Malaysia[
sunting
 |
sunting sumber
]
Projek Persatuan Talasemia Malaysia untuk menghubungkan para pesakit talasemia, ibu bapa, dan penjaga dengan anggota komuniti terpinggir (contohnya, komuniti
luar bandar). Tujuannya untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang penyakit berkenaan, mewujudkan hubungan dua hala yang interaktif dengan mewujudkan
pangkalan data yang memudahkan kajian dan pembentukan polisi.
Pautan luar
• Laman rasmi.
• Lebih lanjut mengenai Talasemia.
• Errant Gene Therapeutics - Caring for Orphan Diseases:
Thalagen - Gene therapy treatment for beta Thalassemia
• Templat:OMIM
 (beta-thalassemia),
Templat:OMIM
 (alpha-thalassemia)
• Cooley's Anemia Foundation
 Leading the fight against thalassemia
• Northern Comprehensive Thalassemia Center:
Provides information about the disease and related matters.
• Thalassemia Free Pakistan,
A private charity foundation providing research material, and support for thalassemic patients and their families
• Thalassemia Overview (Latest Research)
• Thalassemia Patients and Friends:
Message board for those affected.
• Thalforum.com - Thalassemia Community Forum:
Thalassemia Discussion Forum for Thalassemia Patients, Families and Care-givers.
• Thalassemia Foundation of Canada:
• Hemoglobal
 A fully registered Canadian charity providing medical aid to Sri Lankan children with thalassemia.
• Thalassemia Support Foundation
 Helping Patients Find Hope
• Micrel Medical Devices
 Sells Iron-Chelation equipment for Thalassemia patients
• Thalassaemia in India
 Thalassaemia in India
sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Talasemia

Ahad, Mac 01, 2015

apa ni? tak faham.

assalamualaikum. setahun sekali Hati Kristal ni Update Blog ya? biarlah dia... kali ni Hati Kristal nak berkongsi pandangan berkenaan dengan kehadiran. kehadiran? ya, kehadiran. Kalau tetamu itu kita wajib hormati bermula hari pertama hingga hari ketiga, selepas itu, mereka harus bawa diri mereka sendiri dengan tidak menyusahkan tuan rumah. tetapi, jikalaulah tetamu yang dikatakan tetamu tu duduk berberminggu-minggu dah di rumah tuan rumah tu, kemudian tidak menyatakan hasrat untuk meninggalkan rumah tersebut, apa yang dinamakan orang itu ya? bukanlah tuan rumah itu nak berkira sangat, tapi, kekadang tuan rumah itu berasa kurang senang dengan sikap tetamu itu. tambahan pula, bila berlama-lamaan, hilanglah privasi tuan rumah tersebut. kesian tuan rumah tu. nak luah mati mak, nak telan mati bapak. (baru sekejap tadi ada dua orang lagi tetamu datang). jadilah tiga orang tetamu di rumah tuan rumah tu sekarang. sampai bila dua orang tetamu tu nak bertamu, tuan rumah tu tak tahu. wallahu a'-lam...

Jumaat, Mei 30, 2014

Kepimpinan, amanah yang akan disoal

assalamualaikum. Firman Allah pada ayat 27-28 surah al-Anfaal : Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. Kepimpinan merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan umat manusia pada setiap zaman, tempat dan ketika. Melalui al-Quran, kita dapat mengambil pengajaran penting daripada beberapa kisah para Nabi Allah yang Allah paparkan kepada kita seperti kisah Nabi Ibrahim a.s yang berdepan dengan kesesatan Raja Namrud, Nabi Musa a.s pula berdepan dengan kezaliman Firaun, manakala junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w berdepan dengan keangkuhan, kejahilan dan kedengkian Abu Lahab, Abu Jahal dan pemimpin-pemimpin jahiliah yang lain. Setiap masa dan tempat akan sentiasa berlaku pertembungan antara yang hak dan yang batil, kebenaran dan kesesatan, keadilan dan kezaliman, Islam dan jahiliah, cahaya keimanan dan kegelapan kekufuran sehinggalah kemenangan akhirnya berpihak kepada Islam. Allah s.w.t menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat bagi sesiapa yang bijak memilih pemimpin yang adil serta menentang sebarang bentuk ketidakadilan dan kezaliman yang ada. Sebagai manusia yang muslim maka kita diajar oleh agama kita agar bersifat benar dalam tiap tutur kata, tindakan serta perbuatan kita. Apatah lagi jika kita adalah seorang pemimpin kepada masyarakat, maka adalah sesuatu yang amat hina mengaibkan apabila kita bercakap bohong atau menipu demi meraih sokongan orang ramai kepada kita. Ingatlah amaran Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim : إِيَّاكُم وَالْكَذِبَ ، فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ ، وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَلاَ يَزَالُ الْرجل يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّاباً - رواه البخاري ومسلم Maksudnya : Berhatilah kamu dengan penipuan, sesungguhnya penipuan membawa kepada kejahatan (maksiat) dan kejahatan (maksiat) membawa kepada neraka. Seseorang itu berterusan dan bersunguh-sungguh pada menipu (berbohong) sehinggalah dia dicatatkan sebagai penipu (di sisi Allah s.w.t). Firman Allah dalam ayat 55 surah an-Nuur : Maksudnya : Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. Ketika membicarakan tentang amanah kepimpinan maka ianya bukanlah sesuatu yang boleh dianggap main-main atau remeh-temeh kerana ia adalah penentu kepada kebahagiaan atau penderitaan hidup manusia yang dipimpin di dunia dan juga di akhirat. Ingatlah pesanan Nabi s.a.w kepada seorang sahabat yang bernama Abu Dzar yang datang bertanyakan kepada Nabi s.a.w tentang jawatannya ketika sahabat-sahabat yang lain diberikan jawatan oleh Nabi s.a.w sedangkan Abu Dzar sendiri tidak diberi sebarang jawatan lalu Baginda Nabi s.a.w bersabda kepada Abu Dzar: يَا أَبَا ذَرٍّ ! إِنَّكَ ضَعِيفٌ ، وَإِنَّهَا أَمَانَةٌ ، وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْىٌ وَنَدَامَةٌ إِلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا ، وَأَدَّى الَّذِى عَلَيْهِ فِيهَا - رواه مسلم Maksudnya : Wahai Abu Dzar! Sesungguhnya engkau lemah sedangkan jawatan itu adalah suatu amanah dan pada hari qiamat kelak kehinaan dan penyiksaan akan menimpa (mereka yang berjawatan) kecuali mereka yang telah mengambilnya dengan hak serta menunaikan setiap tanggungjawabnya. Ketika Khalifah Harun ar-Rasyid menunaikan ibadah haji di Makkah, dia telah berjumpa dengan seorang Ulama’ yang sedang mengembala kambing-kambingnya di atas Jabal Rahmah berhampiran dengan padang Arafah, lalu ulama’ itu berkata kepadanya : “Wahai Harun ar-Rasyid! Aku ini hanya seorang pengembala kambing sahaja, maka aku sudah pasti akan ditanya oleh Allah tentang diriku dan kambing-kambing peliharaanku sahaja di akhirat nanti, sedangkan engkau yang dilantik menjadi khalifah maka engkau bukan sahaja akan ditanya di akhirat nanti tentang rakyat yang sedang berada di bumi Arafah pada hari ini malah seluruh rakyat yang berada di bawah pemerintahanmu. Jika engkau berjaya menunaikan amanah kepimpinan dengan adil maka berjaya dan berbahagialah engkau di sana. Tetapi sebaliknya, jika sekiranya engkau mengkhianati amanah ini dan melakukan kezaliman terhadap rakyatmu maka celaka dan menderitalah engkau di dalam neraka Allah”. Kisah ini memperlihatkan kepada kita semua bagaimana pentingnya gabungan dan kesepakatan antara umara’ yakni pemimpin dengan ulama’ dalam menguruskan urusan negara berdasarkan kehendak agama dalam memastikan negara diberkati dan dirahmati Allah s.w.t dan bukannya ditimpa pelbagai bala’ dan musibah silih berganti siang dan malam akibat penderhakaan terhadap Allah. Allah s.w.t telah menjanjikan doa yang sentiasa dimakbulkan bagi seorang pemimpin yang adil. Begitu juga di akhirat nanti, pemimpin yang adil akan dipayungi di bawah naungan atau teduhan bayangan ‘Arasy Allah. Ia bukan suatu janji yang kecil dan ia juga bukan suatu janji yang mudah dicapai kecuali bagi seorang pemimpin yang sentiasa bertaqwa dalam menguruskan amanah kepimpinan yang telah diletakkan di atas bahunya. Imam as-Syafi’e rahimahullah pernah berwasiat tentang 5 perkara yang mesti ada pada setiap pemimpin yang benar-benar bertaqwa kepada Allah serta jujur dalam kepimpinannya, iaitu [1] hendaklah benar dalam percakapan dan pertuturan, [2] hendaklah menjaga rahsia, [3] hendaklah menunaikan segala janji-janjinya, [4] hendaklah sentiasa memberi nasihat kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran, dan yang ke [5] hendaklah menunaikan segala kewajipan dan amanah yang telah diamanahkan kepadanya dengan telus dan jujur. Sekiranya negeri atau negara atau dunia dipimpin oleh pemimpin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t, nescaya rakyat akan menikmati kehidupan yang diberkati dan dirahmati oleh Allah. Tidak akan berlaku penyelewengan dan pecah amanah terhadap harta benda Negara. Rakyat jelata tidak akan dizalimi bahkan mereka akan hidup dalam limpahan rahmat dari Yang Maha Esa. Akan tetapi apabila yang di atas yakni pemimpin tidak bersifat amanah, maka yang di bawah yakni rakyat jelata akan turut tidak amanah tanpa rasa segan silu dan tanpa rasa bersalah. Benarlah kata penyair, النَّاسُ عَلَي دِيْنِ مُلُوْكِهِمْ Maksudnya : Manusia mengikut agama pemimpin-pemimpin mereka. Apabila yang di atas yakni pemimpin sibuk melonggokkan harta kekayaan dan kemewahan dunia maka begitulah juga tabiat yang di bawah yakni rakyat jelata, apabila yang di atas yakni pemimpin seronok dengan hiburan yang melalaikan maka begitulah juga rentak hidup yang di bawah yakni rakyat bawahan, mereka juga akan lalai dihanyutkan oleh dunia. Sebaliknya jika pemimpin yang ada merupakan pemimpin yang taat dan patuh kepada perintah Allah serta melakukan amal soleh dan bersifat amanah serta jujur dalam kepimpinannya, maka rakyat di bawahnya juga akan mengikut jejak langkah pemimpin yang seperti ini. wallahu a’-lam. Dipetik dan diubahsuai daripada halaman blog http://seruankhatib.blogspot.com/2012/09/khutbah-kepimpinan-amanah-yang-akan.html

Rabu, September 11, 2013

Menyelami Peristiwa

Alhamdulillah, thumm alhamdulillah, thumm alhamdulillah, thumm alhamdulillah, rabbil ‘aalamiin… di atas limpah kurniaNya, yang menjadikan hambaNya yang terlalu hina ini berada di atas muka bumiNya ini dan masih dipinjamkan secebis kehidupan bagi hambaNya ini menghadapi cabaran dunia yang kian mencengkam ini. bersyukur setinggi-tingginya saya ke Hadrat Allah, Rabbul-rahim, yang memberikan ihsan dan belas kasihanNya kepada hambaNya ini seterusnya telah menyelamatkan hambaNya ini dari ditimpa marabahaya yang memungkinkan cabaran-cabaran yang lebih besar pada hari-hari yang mendatang, bukan kepada hambaNya ini, tetapi kepada insan-insan lain yang berada di keliling hambaNya ini terutamanya isteri, anak, ibu, bapa, serta adik-adik hambaNya ini. bersyukur kepadaMu ya Rabbi yang masih meminjamkan sedikit kehidupan kepada hambaMu ini biarpun terasa ianya hampir berakhir pada ketika itu. Allahu rabbi, tidak dapat diucap dan diungkapkan dengan kata-kata. Sedikit coretan saya ini semoga ianya memberikan manfaat kepada kita semua, tidak kira siapa, keseluruhannya yang terlibat, moga ianya dapat dijadikan iktibar untuk kita semua.
 
Seperti yang sedia maklum, dan pada yang belum maklum, pada Hari Selasa, 27 Syawal 1434 Hijriah, bersamaan dengan 3 September 2013 yang lepas, saya telah diuji dengan sedikit ujian yang telah dikurniakan oleh pemilik seluruh alam ini. Allah Rabbul-Malik. Pada pagi itu, seperti biasa, setelah bersalaman dengan isteri dan anak, saya keluar dari rumah dan menuruni tangga untuk memulakan langkah ke tempat kerja. Alhamdulillah, perjalanan saya pada masa itu lancar. Saya menaiki Putra-LRT dari stesen Taman Melati ke Masjid Jamek seperti biasa, jam 6.23 pagi dan tiba di Masjid Jamek jam 6.46 pagi. Setelah melangkah keluar dari Putra-LRT di stesen Masjid Jamek, saya berjalan menyelusuri terowong pejalan kaki menuju ke stesen Star-LRT untuk ke tempat kerja. Hasrat saya untuk turun di stesen Star-LRT Sultan Ismail, dari Masjid Jamek. Saya berjalan seperti biasa, menaiki tangga yang entah berapa meter tingginya dan masuk keluar lif, terus ke platform stesen tersebut. setelah tiba di platform, train baru sahaja berlepas. Ini bermakna, train jam 6.53 pagi sudah terlepas dan saya perlu menunggu train yang berikutnya. Jam 6.56 pagi, train berikutnya tiba, dan setelah pintu dibuka, saya seperti biasa, melangkah dengan berhati-hati untuk memasuki train tersebut.

Takdir Allah menentukan, setelah saya melangkah memasuki pintu train, tiba-tiba saya rasa jangkahan saya amat jauh ke dalam dan tahu-tahu sahaja saya telah berada di bawah train akibat terjatuh dari platform. Rupa-rupanya, saya bukan melangkah ke pintu train, sebaliknya, saya telah melangkah di tengah-tengah penyambung antara dua gerabak di bahagian dan belakang. Akibatnya, saya terjatuh ke dalam platform dan berada di bawah train. Jatuh sahaja saya di bawah train tersebut, dua sahaja yang saya terfikir, hidup atau mati. Ini kerana jika tidak betul gayanya, saya akan dipijak oleh tayar train yang bakal bergerak sebentar lagi.

Bersyukur ke hadrat Allah, pada waktu itu, dengan sepantas kilat, Allah telah memberikan sedikit akal pada fikiran saya untuk menyorok di bawah platform yang kebetulan di bawah platform stesen Star-LRT Masjid Jamek itu ada sedikit ruang seperti kabinet dapur untuk saya berselindung di bawahnya. Walau bagaimanapun, keyakinan saya untuk terselamat masih lagi kabur, kerana sebelum itu. saya tidak tahu, di mana saya berada ketika itu. yang pasti, saya berada di bawah suatu tempat yang atasnya saya ketuk seakan-akan simen.

Setelah kedengaran pintu Star-LRT ditutup, maka saya berdebarlah menunggu nasib saya sama ada kekal hidup, atau sebaliknya. Train berjalan perlahan meninggalkan saya di bawah platform tersebut. setelah train melepasi saya, saya rasa terlalu lega. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, perasaan syukur yang amat kepada Allah kerana menyelamatkan saya daripada menerima apa-apa musibah daripada peristiwa itu.

Setelah train melepasi saya, saya menunggu kalau-kalau ada orang yang akan membantu membawa saya naik dari platform tersebut. hampir 3 minit setelah kejadian tersebut, kedengaran bunyi walkie-talkie pegawai-pegawai Stesen Star-LRT Masjid Jamek. Butir biji bicaranya tidak dapat saya dengari, yang pasti, saya mendengar suara jeritan dari atas “ada orang ke di bawah”, lalu dengan spontan saya menjawab “ada!”. Mereka berbincang untuk menaikkan saya dari bawah platform tersebut dan saya meminta mereka menyegerakan bantuan terhadap saya kerana pada fikiran saya, saya perlu berada di tempat kerja sebelum jam 7.30 pagi.

Setelah demikian, saya dibantu dengan seorang pegawai turun ke bawah platform untuk menaikkan saya dan dibantu oleh dua pegawai di atas untuk menyambut saya. berasa diri saya tidak mengalami sebarang kecederaan, saya berasa amat bersyukur sekali. Pertamanya, saya terselamat daripada maut yang seolah-olah menunggu saya di bawah platform tersebut, dan keduanya saya tidak mengalami apa-apa kecederaan lantaran daripada insiden yang menimpa saya itu.
 
Pegawai-pegawai tersebut menerima arahan daripada “Control” untuk membawa saya ke bilik rehat dan memeriksa saya kalau-kalau terdapat kecederaan. Walaupun saya meminta izin untuk bergerak ke tempat kerja kerana waktu sudah agak lewat, mereka agak keberatan untuk melepaskan saya. Namun, oleh kerana pada waktu itu saya berfikir, agak payah untuk saya menghadapi situasi berikutnya andainya saya lewat masuk ke tempat kerja, saya bertegas juga untuk ke tempat kerja. Mereka katakan baju saya kotor, namun saya tidak mengindahkannya. Entah kenapa begitu fikiran saya pada hari itu. Yang saya tahu, saya nak juga ke tempat kerja dengan segera. Seorang pegawai akhirnya mengiringi saya menaiki Star-LRT ke Stesen Sultan Ismail, destinasi sepatutnya saya turun train yang saya nak naik sebelum itu. Setelah saya berjanji untuk menemui mereka semula pada tengah harinya, dan memberikan nombor telefon saya, barulah pegawai tersebut melepaskan saya.


Saya mula terasa sakit-sakit di bahagian pinggang. Walau bagaimanapun, saya gagahkan juga berjalan ke tempat kerja, dengan badan yang mula rasa sakit-sakit, dan baju yang dikatakan kotor. Entah banyak atau sikit kotornya saya tidak pasti. Yang pasti, tiba di tempat kerja, rakan sekerja menegur akan kekotoran baju saya dan kecomotan tangan saya. Namun, persoalan tersebut tidak dapat saya jawab, kerana saya tidak tahu, bagaimana untuk saya menceritakan peristiwa itu kepada rakan sekerja saya. Dan sehingga coretan ini diterbitkan, mereka masih tidak tahu akan peristiwa yang menimpa saya itu. Dan, akibat daripada peristiwa itu, saya masih terasa sakit-sakit di bahagian pinggang hingga ke tengah belakang. Mungkin akibat terhentak dengan kuat semasa terjatuh atau sebagainya, wallahu a’-lam. Kepada isteri saya pun saya tidak bercerita akan peristiwa ini hinggalah saya pulang ke rumah pada petangnya, baru saya bercerita.

Akibat daripada peristiwa itu, saya berasa berdebar setiap kali melangkahkan kaki memasuki train terutamanya Star-LRT. Fobia akan peristiwa itu masih saya rasai hinggakan tsehingga coretan ini diterbitkan, isteri saya  masih lagi menghantar dan mengambil saya pergi dan balik dari kerja. Saya perlu mendapatkan bantuan untuk memulihkan perasaan takut den berdebar ini dalam jangka masa terdekat agar ia dapat dipulihkan seperti sediakala.

 Menjadi harapan saya, agar pembaca-pembaca akan coretan ini sama-sama berfikir sedalam-dalamnya, apakah langkah yang wajar diambil agar peristiwa yang saya anggap terlalu berbahaya ini tidak berulang, terutamanya kepada golongan yang tidak berpenglihatan seperti saya ini. hakikatnya, kami perlu menggunakan kenderaan awam seperti ini untuk ke tempat kerja khususnya dan ke tempat-tempat lain umumnya, lantaran daripada keterbatasan kami untuk mengendalikan kenderaan sendiri di jalan raya. Jika menaiki kenderaan awam yang dikatakan selamat ini pun boleh mengundang bahaya kepada kami, apakah alternatif lain yang perlu kami gunakan? Ataupun, apakah tindakan wajar yang perlu diberi perhatian agar peristiwa ini tidak berulang lagi? pada saat peristiwa yang amat berbahaya itu berlaku kepada diri saya, ketika itu saya sedang melangkah untuk memasuki pintu train dengan penuh berhati-hati. Namun, sekelip mata sahaja ianya berlaku dan tidak dapat saya berbuat apa-apa. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua. Wallahu a’-lam.

Selasa, Ogos 27, 2013

pelbagai pengalaman telah dilalui

assalamualaikum. terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. biarpun sudah agak terlewat, namun, sementara Bulan Syawal masih berbaki lagi ini, ucapan tersebut kiranya masih relevan untuk diungkapkan lagi kan? hehehe.

berbalik kepada tajuk yang telah saya tuliskan di atas, pelbagai pengalaman telah saya lalui semenjak coretan terakhir di halaman blog ini diterbitkan. namun, paling menyeronokkan adalah bila mana dapat menyaksikan sendiri dengan pelbagai deria yang masih berbaki akan proses tumbesaran permata kesayangan di hadapan saya sendiri. sehingga coretan ini ditulis, permata saya ini telah berusia lebih daripada 4 bulan. pelbagai telatah dia dapat saya saksikan, di samping perkembangan-perkembangan positif yang telah dia tunjukkan semenjak kelahirannya di atas muka bumi yang penuh dengan cabaran ini.
selain itu juga, pada 31 Julai yang lalu, tiga hari sebelum bercuti menyambut hari raya aidilfitri, saya telah mendapat surat kelulusan untuk bertukar ke SK Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Jalan Batu. kini saya telah mendaftarkan diri di sekolah tersebut dan bertugas di sana. banyak juga pengalaman-pengalaman baru yang telah saya lalui tatkala bertugas di tempat baharu ini. seronok, gembira, menggerunkan, semuanya ada. semoga ia menjadi satu cabaran untuk mendewasakan dan mematangkan pemikiran saya dalam menghadapi situasi-situasi yang lebih mencabar pada masa akan datang. saya seronok kerana dapat kembali mendidik kanak-kanak bermasalah penglihatan.

Khamis, Jun 20, 2013

masa senang sebelum masa sibuk

assalamualaikum. teringat antara kata-kata yang terdapat di dalam hadis nabi, ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara, di antaranya, masa senang sebelum masa sibuk.

inilah yang terjadi kepada saya pada semester kedua persekolahan pada tahun ini. walau bagaimanapun, masa tenang saya telah berakhir pada awal cuti persekolahan separa semester pertama lagi apabila isteri saya sudah tinggal di kampung menunggu hari untuk bersalin. pada waktu itu (selepas bermulanya separa kedua semester pertama), saya sudah terlibat dengan mesyuarat selama seminggu. kemudian, balik ke kampung, kononnya isteri dah nak bersalin. tapi tak jadi. datang semula ke Kuala Lumpur dan bertugas di sekolah seperti biasa. balik semula selama seminggu kerana isteri bersalin. kebetulan anak masih tidak dibenarkan keluar hospital, duduklah si ibu di hospital dengan anak. saya pula berulang-alik dari rumah ke hospital untuk menghantar apa yang perlu. tamat cuti seminggu, saya datang semula ke Kuala Lumpur untuk bertugas selama seminggu. kemudian, bercuti pula untuk pilihan raya dan hadir semula untuk bermesyuarat lagi. kemudian terlibat pula dengan penyediaan soalan peperiksaan pertengahan tahun di sekolah. tidak cukup dengan itu, saya sendiri juga turut mengambil peperiksaan akhir semester di IPGK Ilmu Khas. huh... habis cuti semester pertama. rehat seketika selama kurang lebih dua minggu di rumah (kampung).

habis cuti semester pertama, masuk sahaja semester kedua, saya dikejutkan dengan dengan tiga panggilan untuk menghadiri mesyuarat dan kursus. seminggu pertama saya dipanggil untuk menghadiri mesyuarat anjuran Bahagian Buku Teks dari hari Isnin hingga Sabtu. rehat tiga hari, minggu ini, bermula Selasa hingga Jumaat pula saya dipanggil untuk menjadi Jurulatih Utama Subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 4 oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk para guru yang bakal menjadi jurulatih utama negeri mereka masing-masing. kedua-dua mesyuarat tersebut berlangsung di Hotel Seri Petaling, Kuala Lumpur. balik daripada mesyuarat, saya akan dikunjungi oleh emak-emak saudara yang datang dari Kelantan bagi menghantar isteri dan anak saya yang baru habis berpantang ke Kuala Lumpur (pulang ke pangkuan suami dan abi, hehehe)

pada minggu hadapan pula, sehari saya berada di sekolah dan kemudian bermesyuarat pula di Hotel Peninsula Damansara anjuran Bahagian Buku Teks dari Hari Selasa hingga Khamis. mesyuarat apa saya tak tengok surat lagi. ada dia beritahu, tapi saya tak ingat. kemudian, selesai semua mesyuarat tersebut, Jumaat Insya Allah saya akan masuk semula ke sekolah. lama dah tak jenguk sekolah. guru besar sarankan saya duduk di Jabatan sahaja. penat dia tengok saya lama tinggal sekolah. duduk sekolah bukan buat apa pun. hehehe.

selepas itu, tak tahulah apa pula jadual saya. harap-harap semuanya ok-ok saja la kan...

** tapi, saya taklah sesibuk perdana menteri britain... babai...

Isnin, Jun 17, 2013

cuba terbitkan catatan

assalamualaikum. tak reti dah menulis di halaman blog ni. tiap kali buka dashboard ni, ada je yang berubah. tak faham betul. hahaha. ni cuba-cuba je ni kalau-kalau tulisan ni berjaya diterbitkan kan... kalau percubaan ini berjaya, insya allah ia akan memberikan semangat kepada saya untuk terus menulis. kalau tidak, hmmm... entahlah. ada juga yang bertanya, kenapa saya tak update blog. saya nak update sebenarnya (helah bela diri) tapi, tiap kali saya tulis je apa-apa di blog ni, saya tak berjaya untuk terbitkan. sebab tu la, akhir sekali, dibiarkan begitu je blog ni tak ter-update. kita tengok kali ni ya.. berjaya ke tidak... hehehe. babai...

Isnin, Mac 25, 2013

entah ape tah tajuk dia.

assalamualaikum. cuti dah tiga hari berlalu, tapi saya tak balik Kelantan lagi. malam ni baru nak balik, dengan kereta api dengan isteri.. hehehe. bosan la tuuu. tak de ape nak tulis... hehehe.

Jumaat, Mei 25, 2012

Selamat bercuti


  Alhamdulillah, diam tak diam, kita telah berada di penghujung semester pertama sesi persekolahan bagi takwim Negara kita Malaysia. Pada hujung semester, akan adalah peperiksaan yang dijalankan bagi menguji pengetahuan murid-murid sepanjang pembelajaran di semester pertama tersebut. Kebanyakan sekolah telah Berjaya melangsaikan tanggungjawab mereka bagi mengadakan peperiksaan pertengahan tahun sebelum berakhirnya cuti semester ini. Menjelang cuti yang akan tiba, maka bergembiralah murid-murid dan para pelajar sekolah. Tidak kurang hebatnya para pendidik juga. Setelah berpenat lelah mendidik anak bangsa yang tercinta, dua minggu secara rasminya diperuntukkan kepada mereka untuk merehatkan diri sambil merapatkan tali silatul rahim bersama-sama dengan keluarga tercinta.


Namun, di sebalik cuti yang diperuntukkan, akan adalah sesetengah para pendidik yang akan sibuk dengan tugasan-tugasan rasmi masing-masing yang tidak membolehkan mereka berehat dengan tenang. Ada yang terpaksa memasuki kelas-kelas di institute-institut pendidikan guru sebagai pelajar kepada mana-mana program pensiswazahan perguruan, yang difahamkan ada di antara mereka akan memasuki kelas secara terus-menerus bermula dari 26 Mei hingga 9 Jun 2012 ini, ada yang perlu menanda kertas jawapan peperiksan pertengahan tahun, ada juga yang dihantar untuk menghadiri kursus-kursus anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran negeri masing-masing di bawah bahagian-bahagian tertentu, ada juga yang perlu mengadakan kelas-kelas tambahan sebagai persediaan untuk peperiksaan-peperiksaan awam yang bakal menjelang pada hujung tahun nanti, dan macam-macam lagi tugasan yang perlu diusaikan oleh para pendidik ini. maka benarlah kata orang, pendidik tidak hanya mendidik di sekolah sahaja, tetapi lebih daripada itu. Justeru, apa pun tugas dan tanggungjawab para pendidik pada waktu cuti ini, hadapilah ia dengan tenang, kerana ianya telah ditentukan oleh yang maha kuasa.


Pada kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid dan tidak ketinggalan rakan-rakan pendidik semua. Semoga dengan peruntukan dua minggu cuti ini, dapat kita merehatkan diri untuk membawa semangat yang baru mendidik anak bangsa apabila semester dua bermula pada 11 Jun 2012 nanti, Insya Allah.

Khamis, Mei 24, 2012

Bersyukur ke Hadrat Ilahi.



Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Azza Wa Jalla yang telah meminjamkan sekali lagi kehadiran Bulan Allah yang penuh berkat ini, di mana, bulan ini juga adalah antara empat bulan-bulan Haram, iaitu Bulan Rejab yang terkenal dengan sirah yang agung di dalamnya,  kepada hambaNya di atas muka bumi ini. Bulan yang penuh rahmat ini dikurniakan untuk ke sekian kalinya lagi kepada kita dengan tujuan, kita dapat memanfaatkannya sebaik-baiknya dengan melakukan ibadat-ibadat sunnah yang penuh dengan kemanisan sementara menanti menjelangnya bulan yang dikhususkan untuk Umat Rasulullah, iaitu Ramadhan yang diiringi oleh Bulan yang dikhususkan untuk Rasulullah, iaitu Bulan Sya’ban sejurus sebelumnya itu.


Bulan Rejab yang terkenal dengan sirah perjalanan Rasulullah SAW yang telah diperjalankan oleh Allah Subhanahu wata’ala dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa, seterusnya  naik ke langit untuk menerima wahyu solat lima waktu secara langsung daripada al-Khaliq, yang dikenali juga sebagai peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini harapnya dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh hambaNya yang mengetahui akan kelebihan-kelebihannya.


Semoga Allah memanjangkan usia kita semua untuk meni’mati Bulan Rejab hingga ke hujungnya, seterusnya bertemu dengan Bulan Sya’ban dan menemui bulan yang paling dicintai oleh orang-orang yang soleh, iaitu bulan yang dikhususkan untuk kita sebagai umat Rasulullah, Ramadhan al-Mubarak nanti. Berdoalah kita semua agar impian kita ini didengari oleh Allah dan seterusnya memperkenankan doa dan permintaan kita ini hendaknya, Insya Allah. Amin…

Rabu, Mei 23, 2012

termenung seketika

catatan tanpa edit.

hehehe. termenung kejap. memikirkan apa yang telah berlaku sepanjang tahun 2006 hingga sekarang. rupa-rupanya, telah banyak pengalaman pahit manis, suka duka, perit-jerih, dan lain-lain perkataan pro-kontra lagi aku lalui. bujang... waktu ini waktu bujang. waktu tiada siapa yang mendampingiku secara kekal (sudut duniawi) melainkan dampingan-dampingan kecil yang kekadang singgah, datang dan pergi mengikut peredaran masa melalui jalan yang dibentangkan oleh Ilahi. kehidupan bujangku sudah hampir berakhir. tidak sampai 10 hari lagi, Insya Allah aku akan diberi pula suatu kehidupan baharu, kehidupan yang lain daripada kehidupan aku sebelum ini di atas dunia yang fana ini, kehidupan berkeseorangan di waktu malam sunyi, kehidupan yang penuh liku dan madu. tapi kehidupan selepas ini adalah sebuah kehidupan yang lagi mencabar dan lagi manis madunya. madu? oppsss. (orang perempuan tak suka perkataan madu ni). jadi, aku mohon kepada rakan sahabat, agar doakanlah aku kepada Allah agar aku dapat menempuhi kehidupan bersama pasangan yang difitrahkan oleh Allah untuk setiap manusia ini penuh dengan kebahagiaan dan kerahmatan serta keredhaan daripada Ilahi. Redha ibu bapaku amat kutagih untuk sepanjang masa dari dunia hingga akhirat yang paling penting bagi mencapai keredhaan Allah. aku mohon kekawan agar mendoakan aku akan keharmonian dalam rumah tangga dan kesejahteraan dalam perhubungan yang suci yang telah dan akan dikurniakan oleh ilahi. dah, dah, cukup termenung.. gi  jaga periksa tu. termenung pulak dia... hehehe...

Selasa, Mei 22, 2012

blog ni guna setting baru ke?

kan dah salah... baru edit balik.. hehehe ni yang betul.
alamak, waktu aku nak mencatat sesuatu, aku buka dashboard blog aku. tiba-tiba je setting semua dah berubah. setting baru ke ni? dah tak guna link dah. banyak guna button lak. dah padan muka aku. tu la. rajin sangat mencatat. sampai blog berubah pun tak tahu. ha, hambik kau, terkial-kial jugak nak mencari catatan baru. dulu apa tah perkataan dia. aku pun dah lupa. ok la. nak belajar setting dalam blog ni jap. nantilah aku catatkan sesuatu. ni testing je. kot jadi, alhamdulillah. kot tak jadi, aku je yang tahu aku tulis ni, sebab semua ni datang daripada otak aku. hehehe. cau cin cau...

Ahad, Mac 04, 2012

Sekadar Luahan


Assalamualaikum. Terasa terpanggil pulak hendak meluahkan rasa yang sudah terpendam hamper tiga bulan ini. Rasa? Hehehe.. bukan tidak puas hati, atau sakit hati, atau iri hati atau apa jua yang berkaitan dengan hati. Tetapi sedikit terkilan dengan proses pembahagian yang dijalankan.


Pembahagian? “Apa pulak kau merepek ni?” Hehehe… sebenarnya, saya sedang memikirkan entah di mana silapnya… siapa yang silap… apa yang silap… hinggakan saya dan beberapa orang yang senasib dengan saya menerima ujian yang sama.  Mana tidaknya, SAYA, dan beberapa orang lagi guru yang bermasalah penglihatan (tidak mempunyai penglihatan langsung atau mempunyai penglihatan terhad), yang mempunyai kelulusan pengajian dalam pendidikan khas, Pengkhususan Masalah Penglihatan, atau sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan dalam bidang pendidikan, (sama ada diploma/ijazah sarjana muda/ijazah sarjana), (bukan bertujuan bermegah-megah dengan sedikit kelulusan yang ada, namun sekadar hendak menunjukkan pengkhususan sahaja), yang jika difikir-fikirkan wajarlah ditempatkan di Sekolah Pendidikan Khas (SPK)/Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Penglihatan, kini ada ditempatkan di Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran (selepas ini saya tulis sebagai PPKI LD sahaja).


Bila ditanya mengapakah saya ditempatkan di PPKI LD ini? Jawapan mereka yang bertanggungjawab, SPK/PPKI Masalah Penglihatan yang tuan/puan mohon tiada kekosongan. Jika tiada kekosongan, mengapakah diluluskan permohonan pertukaran saya? Apakah butang kelulusan ditekan terlebih dahulu dalam borang permohon Online saya baru disemak sama ada terdapat  ruang kosong di SPK/PPKI Masalah Penglihatan tempat permohonan saya itu? Sedangkan permohonan saya itu jelas, memenuhi semua kehendak dan keperluan mereka sama ada untuk meluluskan atau pun tidak.


Bila ditanya lagi, alasan selanjutnya diberi ialah tidak mengetahui saya ini guru yang bermasalah penglihatan. bagaimana tidak mengetahui saya ini guru bermasalah penglihatan, sedangkan saya telah mencatat di ruang “sebab pertukaran” bahawa saya ialah guru bermasalah penglihitan. Adakah mereka tidak membaca setiap sebab pertukaran yang dikemukakan sehingga tidak mengetahui saya ini adalah guru bermasalah penglihatan?  bagaimanakah sebab-sebab yang dikemukakan oleh guru-guru lain dalam borang pertukaran mereka itu? Adakah tidak dibaca jugakah? Atau, bagaimana hendak diketahui seseorang guru itu mempunyai kecacatan atau tidak sedangkan pernyataan untuk menunjukkan fizikal seseorang guru itu tidak disisipkan ke dalam borang online itu?


Wooo.. penatnya membebel. Itu semua soalan-soalan yang “saya” lontarkan kepada mereka yang bertanggungjawab. Alasan yang akhirnya diberikan ialah mereka terlepas pandang. Hmmm… tak faham, tak faham… tiada alasan yang mampu lagi diberi, entah bila mereka bermesyuarat, bila ditanya lagi, jawapan yang diberi, mereka tidak mahu guru-guru yang bermasalah penglihatan ini ramai sangat dalam sesuatu SPK/PPKI Masalah Penglihatan, cukup hanya dua orang sahaja setiapSPK/PPKI Masalah Penglihatan. Beberapa alasan lain yang diberikan kemudiannya untuk menyokong faktanya itu yang menyebabkan hati dan perasaan saya yang sudah sekian lamanya sensitif ini terguris dan terkilan. Entah dari mana fakta kenyataan itu mereka peroleh, saya tidak pasti.


Bagi saya, tidak kisah di mana saya ditempatkan, asalkan saya mampu memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada mereka. Namun, jika diletakkan saya di PPKI LD, bagaimanakah saya mahu mengajar mereka? Hal ini terbukti, setelah hamper tiga bulan saya ditempatkan di PPKILd ini, tidak banyak yang boleh saya sumbangkan kepada mereka. Kasihan murid-murid saya. Mereka tidak bersalah. Saya yang gagal menunaikan tanggungjawab saya sebaiknya lantaran daripada “ikan kembung yang dipaksa hidup di atas darat” oleh mereka yang saya anggapkan tidak bertanggungjawab. Andainya anda dapat bayangkan,anda sedang menutup mata, anda mengajar murid-murid bermasalah pembelajaran, mampukah anda menunaikan tanggungjawab tersebut sebaiknya? Saya rasa sudah tentu tidakkan? Anda bayangkanlah murid-murid bermasalah pembelajaran itu bagaimana. Mereka tidak seperti murid-murid bermasalah penglihatan. terdapat murid-murid yang langsung tidak boleh belajar, terlalu hiper active, dan macam-macam lagi. Hanya yang benar-benar khusus dalam bidangnya sahaja mampu mengajar dengan baik murid-murid itu kerana mereka dilatih dengan pelbagai kaedah yang sesuai untuk mengajar dan mengejar mereka. Bagaimanakah seorang guru yang tidak mempunyai penglihatan untuk menghadapi murid yang hiper active? Dapat anda bayangkan? Logikkah penempatan ini?


Selain itu, rugilah ilmu yang saya dan beberapa orang guru bermasalah penglihatan lain yang senasib dengan saya miliki, andainya tidak dimanfaatkan sebaiknya, dan tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya. Andainya saya dan mereka yang senasib dengan saya ditempatkan di sekolah yang betul, sudah tentu, ilmu yang kami miliki hasil daripada apa yang kami pelajari bertahun-tahun di institute-institut pengajian guru mahupun university-universiti dapat dimanfaatkan dengan sewajarnya. Murid-murid yang akan diajar pun adalah murid-murid yang kami mampu kendalikannya, Wang yang dialirkan untuk membayar upah kami pun tidak dibazirkan begitu sahaja lantaran daripada pengendalian tugas yang tidak sempurna.


Tidak adil andainya meminta bayi yang baru lahir berlarikan? tidak adil untuk meminta sang kerbau terbangkan?  Tidak adil untuk meminta orang pekak mendengar radiokan (kecuali Kevin, Kevin boleh dengar radio… manalah Kevin sekarang ya? Hehehe. Lama tak jumpa Kevin.).


Bertindaklah sewajarnya bila kita berada di atas, tiada masalah yang tidak ada penyelesaian. Pelbagai pintu rundingan boleh dibuka bagi memastikan definisi adil itu dapat di praktikkan. Definisi adil? Apa dia ya? Meletakkan sesuatu pada tempatnya. Berbuat senanglah kepada orang bawah kita sebelum mereka mengadu kepada saluran-saluran yang bukan sewajarnnya. Andainya dibuat demikian, tahu pula hendak melenting, katanya tidak disalurkan di tempat yang betul. Bila disalurkan di tempat yang sewajarnya, sehingga sekarang nasib saya dan rakan-rakan yang senasib dengan saya masih belum dibela. Tiga bulan, lama tu. Terlalu lama. Terlalu membazir masa yang telah dilepaskan begitu sahaja tanpa sebarang manfaat yang dapat diberikan. Wallahu a’lam.